LAWAK SAKAN
LAWAK DUA :LAWAK GABUNG
SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.
KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi
bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila
turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?
Seman tulis "Saya tak tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana
telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang
dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula
percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh
CERITA1
Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun
masuk bilik air.
Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas
kencing dia pun
terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia
terkejut bila lampu
toilet tu tertutup sendiri…Cepat-cepat dia kejut kan bini
dia yang tengah
lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet
tadi...lampu tu
terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan
sedar tak sedar tu
pun berkata.. "Dah… dia buat dah perangai lama…
Awat hang kencin dlm peti
ais…???
CERITA 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
|